Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pramugari Pesawat QZ8501 – ‘Saya Cintakan Awak Dari 38,000 Kaki’

aa

‘I LOVE YOU FROM 38000 ft’ (Saya cintakan awak dari 38,000 kaki).

Itu antara ungkapan dalam foto yang diambil oleh salah seorang pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi atau Nisa, 22, yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya, kira-kira dua minggu sebelum pesawat itu terhempas di perairan Kalimantan Tengah, Ahad lalu.

Ungkapan itu ditulis di atas sebuah kertas berwarna coklat dengan pemandangan sayap pesawat di atas awan.

Foto itu secara tidak langsung menimbulkan rasa sedih di kalangan pengguna Instagram yang lain kerana pramugari itu cukup aktif memuatnaik gambarnya di laman sosial itu.

Sehingga saat ini, keluarganya masih berharap agar puteri bongsu mereka itu dapat ditemui dalam keadaan selamat biarpun harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup amat tipis.

Pramugari Pesawat QZ8501 - 'Saya Cintakan Awak Dari 38,000 Kaki'

Nisa menjadi pramugari AirAsia sejak tahun 2013 dan pernah menuntut di Universiti Sriwijaya.

Kali terakhir dia menghubungi keluarganya ialah pada malam sebelum pesawat itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.35 pagi waktu tempatan. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan