Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pramugara QZ8501 Pernah Luah Simpati Mangsa Tragedi MH17

Pramugara AirAsia Indonesia Oscar Desano (tengah) yang bertugas dalam pesawat QZ8501 yang hilang sejak awal pagi semalam.
Pramugara AirAsia Indonesia Oscar Desano (tengah) yang bertugas dalam pesawat QZ8501 yang hilang sejak awal pagi semalam.

Seorang pramugara yang bertugas dalam penerbangan pesawat QZ8501 yang hilang pernah menulis tweet berupa sokongan kepada mangsa-mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai lepas.

Oscar Desano dari Jakarta merupakan seorang daripada tujuh anak kapal yang menaiki pesawat berkenaan yang hilang sejak pukul 7.24 pagi semalam.

Di laman Twitternya, Desano sebelum ini memaklumkan bahawa dia menghabiskan sambutan hari Krismasnya dengan berehat di dalam Jacuzzi bersama seorang teman.

Sebelum itu, dia menulis satu status di Facebook menjurus kepada rasa simpati dan ucapan takziah kepada tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lepas.

DesanoTakziah_1

“Saya bersimpati dengan kehilangan yang dialami oleh MH17 dari Malaysia Airlines, dua kejadian besar membabitkan MAS dalam setahun.

“Takziah saya untuk semua ahli keluarga penumpang, moga semua yang terkorban berada dalam keadaan tenang.

“Harapan saya semuanya kembali baik begitu juga untuk kakitangan Malaysia Airlines,” katanya.

Desano merupakan empat kru penerbangan yang bertugas dalam penerbangan QZ8501 itu bersama Wanti Setiawati, Khairunisa Haidar Fauzi, Wismoyo Ari Pramudi bersama seorang juruteknik Saiful Rakhmad.

Sementara itu, ibu Khairunisa Haidar, turut berkongsi gambar anaknya yang juga bertugas bersama-sama dengan Desano.

Rohana menunjukkan gambar anaknya Khairunisa Haidar yang turut bertugas bersama Desano pada  dalam pesawat QZ8501.

IbuKhairunisa_1

Ibunya, Rohana berkumpul bersama dengan saudara mara Khairunisa beramai-ramai di rumahnya di Sumatera Selatan dan berkongsi gambar-gambar anaknya itu yang kini nasibnya masih belum diketahui.

Selain tujuh anak kapal, pesawat QZ8501 turut membawa 155 orang penumpang dengan 138 daripadanya dewasa, 16 orang kanak-kanak dan seorang bayi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan pesawat itu disambung semula hari ini selepas ditangguhkan malam tadi ekoran cuaca gelap.

Difahamkan misi SAR diketuai oleh Indonesia dan dibantu oleh Malaysia, Singapura dan Australia. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan