Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pupuk budaya kebersihan di kalangan kanak- kanak- Yahya

4:40pm 30/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya memberi sumbangan kepada salah seorang pelajar Tadika JHEAINS sempena Program Gotong Royong Perdana, disini hari ini

Yahya memberi sumbangan kepada salah seorang pelajar Tadika JHEAINS sempena Program Gotong Royong Perdana, disini hari ini

PUTATAN- Budaya kebersihan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat setempat khususnya anak- anak muda agar dapat melahirkan masyarakat pembersih, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Katanya, Masyarakat mesti mendidik anak- anak mereka agar memiliki sikap mengutamakan kebersihan bukan sahaja aspek kebersihan diri malahan kebersihan persekitaran mereka turut perlu dipelihara.

“Amat penting kita mendidik anak- anak menjadi warga yang pembersih dan ianya perlu disemai sejak dari kecil lagi,” katanya ketika merasmikan program gotong royong perdana di Perkarangan Masjid Jamek dan Tadika Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Putatan, hari ini.

Disamping itu, Yahya yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata masyarakat di daerah ini perlu memastikan kawasan pekan, premises kedai, taman- taman awam, perumahan dan tepi- tepi jalan sentiasa bersih.

“Ini kerana Putatan kini menjadi tumpuan ramai termasuk pelancongan asing berikutan pembangunan dan Pertubuhan pesat dengan banyak premis perniagaan, perbankan dan perumahan dibangunkan,” katanya.

Selain itu, Yahya turut menyampaikan sumbangan kepada 24 balu dan ibu tunggal Mukim Kampung Putatan dan 11 orang murid Tadika JHEAINS yang kurang berkemampuan. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Yahya mengecat pagar Masjid Jamek Putatan sebagai simbol merasmikan Program Gotong Royong Perdana, disini hari ini.

Yahya mengecat pagar Masjid Jamek Putatan sebagai simbol merasmikan Program Gotong Royong Perdana, disini hari ini.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan