Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pra-sekolah perlu untuk kanak-kanak

Tawfiq memberi sijil kepada kanak-kanak pra-sekolah

Tawfiq memberi sijil kepada kanak-kanak pra-sekolah

TAWAU: Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal khasnya di taman bimbingan kanak-kanak bagi membantu mereka semasa berada di tahun satu kelak.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kajian mendapati kebanyakan kanak-kanak yang memasuki tabika di peringkat awal mempunyai prestasi yang lebih baik semasa berada di tahun satu.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan awal khasnya di mana-mana institusi yang diiktiraf.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mini Konvokesyen Tabika Kemas Dewan Undangan Negeri Kawasan N. 56 Apas di Dewan Mini Kampung Inderasabah di sini dimana seramai 136 murid menerima sijil konvokesyen tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas berharap Tabika Kemas akan terus menjadi tabika yang dapat mendidik anak-anak di seawal usia bagi membolehkan mereka mengasah kemahiran mereka di peringkat aawal.

Turut hadir, Pegawai Kemas Daerah Tawau, Faisal Long, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Apas, Sarman Amat Simito, Setiausaha Politik Kementerian Belia dan Sukan, Naim Ahmat dan Ketua Kampung Inderasabah, Abit Sulaiman.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan