Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PR1MA Terima Kelulusan Pembangunan 28,363 Unit Rumah

primaa

KUALA LUMPUR – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah menerima kelulusan bagi Perintah Pembangunan untuk membangunkan 32 projek melibatkan 28,363 unit rumah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 11,308 unit rumah sedang dalam pembinaan membabitkan lapan projek.

“Sekiranya lebih banyak Perintah Pembangunan diluluskan, lebih banyak projek rumah PR1MA akan memulakan kerja-kerja pembangunannya”, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Er Tck Hwa (DAP-Bakri) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, yang meminta kerajaan menyatakan jumlah rumah PR1MA yang telah diberikan surat kebenaran menduduki (CF) sehingga kini dan jumlah rumah yang akan dan telah dibina dari 2014 hingga 2018.

Shahidan berkata projek PR1MA yang sedang dibina termasuk di Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) masih belum diperolehi memandangkan projek-projek tersebut masih dalam fasa pembinaan, katanya.

Kerajaan, katanya telah memperuntukkan sebanyak RM1.28 juta bagi tahun 2013 hingga suku tahun pertama 2015 dan sehingga kini PR1MA membelanjakan RM689 juta untuk pembangunan.

“PR1MA mensasarkan untuk membelanjakan secara efektif keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan menjelang akhir 2015″, katanya.

Shahidan menarik perhatian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah secara rasmi menyerahkan replika kunci kepada pemilik rumah PR1MA di Presint 11, Putrajaya pada 7 Mac lepas.

Katanya projek itu yang siap dibina Putrajaya Holdings turut menyerahkan CCC kepada pemaju bertarikh 4 Mac 2015. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan