Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PR16 perkukuhkan keupayaan sistem mencari dan menyelamat kapal selam

5:12pm 17/06/2016 Leolerry Lajius 53 views Tempatan
Kapal MEGA BAKTI (MB)

Kapal MEGA BAKTI (MB)

KOTA KINABALU:  Kapal MEGA BAKTI (MB) yang menyertai Eksesais Pacific Reach 2016 (PR16) di Jinhae Korea Selatan pada 23 Mei hingga 3 Jun yang lalu bersama 30 kru dan 12 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah merapat dengan selamat dihimpitan nombor 2 jeti operasi Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS) hari ini.

Eksesais PR16 yang dianjurkan setiap tiga tahun ini bertujuan untuk menguji kemampuan dan keberkesanan sistem mencari dan menyelamat kapal selam yang dimiliki oleh negara-negara yang mengoperasikan kapal selam di rantau ini.

Selain itu, ia turut mengetengahkan teknologi dan konsep menyelamat terkini yang digunakan oleh negara Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura dan Jepun.

Khusus untuk penyertaan dalam PR16, kapal MB telah dilengkapkan dengan sistem penyelamat kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu pressurised rescue module (PRM) yang berkeupayaan melakukan tugas menyelamat warga kapal selam yang terkandas sehingga ke tahap kedalaman 600 meter.

Penglibatan MB dalam PR16 ini juga adalah selari dengan rancangan jangka panjang pembangunan Angkatan Kapal Selam TLDM khususnya dalam pembangunan keupayaan sistem mencari dan menyelamat kapal selam.

Ketibaan MB ini telah disambut oleh Panglima Ankatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Hj. Ayob./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan