Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPWM edar 800 bubur lambuk

4:50pm 04/07/2016 Leolerry Lajius 12 views Tempatan
SHABUDIN (empat, kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir.

SHABUDIN (empat, kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir.

KOTA KINABALU: Persatuan Peniaga Wisma Muis (PPWM)  mengedarkan sebanyak 800 bubur lambuk kepada orang ramai sempena Ramadan ini bertempat di  Wisma Muis, baru-baru ini.

Pengerusi PPWM Shabudin Datuk Haji Mohd Dun berkata, kegiatan amal itu adalah program pertama mereka bertujuan memberi penghargaan kepada orang awam yang sentiasa menyokong peniaga di wisma berkenaan.

“Bubur lambuk ini kita sediakan secara bergotong royong bersama ahli jawatankuasa yang lain setelah selesai menunaikan solat jumaat.

“Kita bersyukur kerana dapat melaksanakan program ini dengan jayanya selaras dengan tujuan persatuan untuk menyalurkan sumbangan amal berupa juadah berbuka untuk orang ramai tidak kira dari pelbagai kaum mahupun agama,” katanya pada Program Pengagihan Bubur Lambuk PPWM, di sini baru-baru ini.

Shabudin berkata, pihaknya akan terus mengadakan pelbagai program yang bukan sahaja pada musim perayaan tetapi pada hari biasa sebagai khidmat sosial mereka.

PPWM setakat ini memiliki 28 ahli terdiri daripada para peniaga tetap Wisma Muis tidak termasuk peniaga gerai yang hampir lebih 50 orang.

Perbincangan sebulat suara menubuhkan persatuan itu bermula sejak Mac lalu dan kini menunggu keputusan rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau ROS).

“Objektif penubuhan adalah untuk menyatupadukan para peniaga Wisma seterusnya menjadi saluran rasmi kepada ahli membincangkan permasalahan untuk dibawa kepada pihak pengurusan.

Selain itu, ia juga bertujuan membincangkan mengenai transformasi memajukan wisma bersama sekaligus meningkatkan kehadiran pengunjung./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan