Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPSKK UMS Rapatkan Hubungan dengan Pejabat Akhbar Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Pejabat Media Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ingin menjalin kerjasama media strategik dengan Pejabat Akhbar Ketua Menteri.

Bagi tujuan tersebut, PPSKK UMS diketuai Timbalan Pengarah (Korporat) Dr. Jakaria Dasan mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sabah, Fiona Andrew Siambun, di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

Fiona (dua kiri) sedang berkongsi idea berkaitan pengurusan media kepada PPSKK UMS. Gambar SNT/Ihsan PPSKK UMS

“Pada pertemuan ini kami saling bertukar idea mengenai sebarang bentuk kerjasama khususnya yang berkaitan dengan publisiti di media.

“Ia juga meliputi kerjasama dalam penganjuran seminar atau bengkel untuk mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang pemberitaan sesuai dengan peranan UMS sebagai institusi ilmu,” kata Dr Jakaria ketika ditemui selepas kunjungan tersebut.

Menurut beliau, lawatan itu juga bertepatan dengan kedudukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal selaku Pro Canselor UMS.

“Peluang mengadakan kunjungan ke pejabat Fiona banyak memberikan kami input positif dan idea bernas bagi membantu memperkemaskan lagi pengurusan media UMS.

“Saya sangat berterima kasih kerana beliau sudi menerima kunjungan kami walaupun sibuk dengan jadual tugasan kerja yang padat,” ujar Dr. Jakaria.

Jakaria (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Fiona (empat kiri). Gambar SNT/Ihsan PPSKK UMS

Lawatan Pejabat Media PPSKK itu turut disertai Kurator Kanan, Mohd Hilmey Saili; Pegawai Penerbitan, Che Hasruddin Che Hasan; Penolong Pegawai Penerangan, Salbinous Saribun; Jurufotografi Kanan, Johaidi Ismail; Pembantu Penerbitan, Faezah Mohamad Dun dan Pembantu Tadbir, Mohd Affzanizam Mohd Amin.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan