Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPS harap Kerajaan bantu sediakan tapak latihan

Christopher Chin Soo Yin sedang menerangkan acara yang dipertandingkan dalam kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut kali ke-5
Christopher Chin Soo Yin (tengah) sedang memberi penjelasan mengenai kesukaran persatuan itu menjalani latihan

SEPANGGAR – Persatuan Pelayaran Sabah (PPS) berharap Kerajaan Negeri dapat membantu menyediakan sebuah tapak yang sesuai dijadikan sebagai tempat stor penyimpanan peralatan latihan sukan layar mereka.

Presidennya, Christopher Chin Soo Yin berkata, pada masa ini PPS tidak mempunyai tapak sendiri sekaligus menyukarkan 50 ahli persatuan itu menjalani latihan rutin mereka.

“PPS sebelum ini telah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan juga agensi kerajaan yang berkenaan, namun masih belum mendapat jawapan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelancaran Kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut ke-5 di bangunan Navy Yacht Club, Pengkalan TLDM di sini hari ini.

“PPS hanya memerlukan sebuah tapak yang sesuai untuk menyimpan alat-alat latihan sahaja kerana setiap latihan akan dijalankan di perairan laut,” katanya lagi.

Kejohanan yang berlangsung 3 hingga 5 April itu menyaksikan seramai 60 peserta berumur antara lima hingga 15 tahun dari lima buah persatuan pelayaran bersaing untuk merebut kejuaraan tiga kategori yang dipertandingkan.- Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan