Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM tumpaskan cubaan seludup petrol bersubsidi

2:34pm 07/09/2016 Pak Roshan 103 views Jenayah,Mutakhir
Petrol bersubsidi yang dirampas dalam operasi berasingan oleh Pasukan Polis Marin di perairan Semporna, semalam. - Foto Ihsan PPM

Petrol bersubsidi yang dirampas dalam operasi berasingan oleh Pasukan Polis Marin di perairan Semporna, semalam. – Foto Ihsan PPM

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna mematahkan cubaan tiga lelaki menyeludup keluar 1,965 liter minyak petrol bersubsidi dalam operasi berasingan di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota PPM Semporna diketuai Asisten Superintendan Mohd Armi di perairan Pulau Mataking dan Nusakuya.

Beliau berkata, dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 petang itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 60 tahun dan dua lelaki warga asing berusia 24 dan 28 tahun tanpa sebarang dokumen sah.

“Dalam operasi pertama kira-kira jam 12.40 tengah malam di perairan Pulau Mataking, PPM merampas 23 bekas mengandungi 735 liter petrol disembunyikan dalam ruang bot yang diperiksa.

“Kira-kira jam 3.10 petang di perairan Nusakuya, kami merampas 960 liter petrol dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya di sini, sebentar tadi.

Mohamad berkata, semua suspek bersama barang rampasan termasuk bot dan enjin sangkut dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM46,198.35 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan