Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Tawau Tahan Lelaki Warga Indonesia Miliki Lebih 1,000 Gram Syabu

sebatik

TAWAU – Seorang lelaki warga Indonesia diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kerana memiliki lebih 1,000 gram dadah syabu bernilai lebih RM100,000 di kawasan Batu-Batu, Sabindo di sini, pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata, tiga anggota PPM yang bertugas dalam Ops Landai, terserempak suspek yang dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.00 pagi sebelum suspek bertindak melarikan diri.

“Hasil siasatan awal, suspek terus mengaku membawa dadah syabu dalam beg sandangnya. Syabu berkenaan dibungkus beberapa lapis menggunakan plastik lut sinar,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat PPM Tawau, hari ini.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran ke Indonesia dan Tawau dijadikan sebagai tempat transit.

“Kita sedang menyiasat dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh,” katanya menambah PPM sentiasa berhubung dan bertukar maklumat berkaitan pengedaran dadah dengan pihak berkuasa Indonesia.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan tangkapan terbesar PPM di Sabah dan setakat ini lebih 30 kes tangkapan berkaitan dadah direkodkan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan