Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Tawau Tahan Lelaki Disyaki Miliki Mykad Palsu

11:20pm 15/03/2016 Pak Roshan 492 views Jenayah,Mutakhir
mykad

gambar hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ketika cuba memasuki Malaysia melalui perairan Tawau, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata lelaki berkenaan ditahan selepas anggotanya menahan sebuah bot di kawasan perairan Tawau yang dalam perjalanan ke Tawau dari Sungai Nyamuk, Indonesia, kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Seorang pemumpang bot lelaki berusia 36 tahun berada dalam keadaan yang mencurigakan. Pemeriksaan ke atas MyKad milik lelaki itu didapati meragukan. Lelaki itu kemudian mengaku secara lisan telah membeli MyKad itu daripada seseorang dengan harga RM300,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara kerana menggunakan atau memiliki kad pengenalan palsu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan