Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Tawau Tahan Empat Lelaki Cuba Tanam Rumpai Laut Tanpa Permit

9:33am 14/03/2016 Pak Roshan 164 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) menahan empat pekerja warga asing selepas disyaki cuba menanam 500 kilogram rumpai laut tanpa permit bernilai RM2,500 di kawasan perairan Pulau Sidam di sini, Sabtu.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, sepasukan anggota PPM yang sedang melakukan rondaan Op Landai, terserempak sebuah bot jongkong mencurigakan dalam perjalanan dari Nunukan, Indonesia ke perairan negara.

Empat lelaki berumur 25 hingga 59 tahun itu terdiri daripada seorang tekong dan tiga awak-awak, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

“Kesemua lelaki itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 500 kilogram rumpai laut bernilai RM2,500 cuba ditanam pekerja itu tanpa permit,” katanya.

Mohamad berkata kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) C Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen, dan Seksyen 11 (3)(d) Akta Perikanan kerana cuba menanam rumpai laut tanpa permit.

PPM Tawau komited membanteras sebarang kegiatan pencerobohan penanaman rumpai laut di kawasan perairan negara dan kerjasama masyarakat amat diharapkan bagi menyalurkan maklumat berkaitan, termasuk kegiatan penangkapan ikan di kawasan perairan negara oleh nelayan warga asing, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan