Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Tawau rampas 37 tong gas, tahan tiga lelaki

6:37pm 02/02/2016 Ann Vivien 88 views Jenayah,Tempatan

 

Tong gas-gambar hiasan

Tong gas-gambar hiasan

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas sejumlah 37 tong gas Shell dan Petronas yang dibawa oleh dua juragan lelaki warga tempatan berusia 26 dan 34 tahun di perairan Sungai Haji Kuning, lewat malam tadi.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madun berkata, rampasan barang kawalan bernilai RM3, 700 itu berjaya dilakukan pasukannya yang sedang dalam rondaan Ops Paradise dan kemudiannya mengesan dua buah bot laju jenis fibre.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot laju itu, didapati masing-masing membawa muatan sebanyak 20 dan 17 buah tong gas, namun kedua-dua juragan tersebut gagal menunjukkan lesen perniagaan dan sijil kawalan bekalan,” katanya.

Tambahnya, seorang anak kapal warga Indonesia berusia 36 tahun turut ditahan bersama bot laju dan muatannya untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 7 (4) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit sah.

Mohammad dalam kenyataannya hari ini turut menggesa orang ramai supaya terus memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga pasukan penguatkuasa dalam membanteras kegiatan penyeludupan dengan menyalurkan maklumat berkaitan.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan