Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM tahan remaja bawa 36 tong gas tanpa permit

8:10am 24/11/2016 Pak Roshan 165 views Jenayah,Mutakhir
ppm

PPM tahan remaja bawa 36 tong gas tanpa permit

SEMPORNA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas membawa 36 tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit bernilai RM4680 di kawasan Laut Bangau-Bangau di sini pada Ahad.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan berkata remaja lelaki tersebut yang bertindak sebagai juragan telah membawa bot berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan.

Menurutnya, sepasukan anggota yang menjalankan Tugas Khas diketuai Koperal Amboh Sakah Saguni bersama empat anggota dibantu Bot Ronda Psc kira-kira jam 10.20 pagi terserempak bot tersebut lalu bertindak melakukan pemeriksaan.

”Pemeriksaan awal mendapati bot tersebut membawa 36 tong gas berisi tanpa permir yang kemudian juragan dan tong gas berkenaan ditahan untuk siasatan dan telah dibawa ke Pangkalan PPM,”katanya lagi.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan telah diserahkan kepada pihak KPDNKK untuk tindakan lanjut.

Mohamad dalam pada itu berkata, pihaknya akan terus komited menjalankan tugas penguatkuasaan ke arah membanteras sebarang kegiatan jenayah dan menyalahi undang-undang negara khususnya di kawasan perairan. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan