Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM tahan lima PATI cuba masuk ke Semporna

6:49pm 26/10/2016 Pak Roshan 81 views Jenayah,Mutakhir
DITAHAN … Bot yang digunakan lima PATI untuk masuk ke daerah ini.

DITAHAN … Bot yang digunakan lima PATI untuk masuk ke daerah ini.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk ke daerah ini di Laut Nusa Kuya pada Isnin kira-kira jam 5.30 petang.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan berkata kesemua PATI yang berusia 15 hingga 50 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 6 (1)© Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, sepasukan anggota yang sedang menjalankan tugaa khas di kawasan itu telah menahan dan memeriksa sebuah bot dan mendapati terdapat seorang juragan bersama empat penumpang.

”Pemeriksaan lanjut yang dijalankan terhadap mereka mendapati kesemuanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah dan mengaku masuk dari Sibugal, Filipina ke perairan Semporna,” katanya.

Jelasnya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pangkalan PPMSemporna untuk diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan selanjutnya. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan