Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM tahan Lelaki warga Indonesia

ppm tawau

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan seorang Lelaki warga Indonesia dan merampas 15 kilogram udang beserta peralatan memukat di Sg Simandalan Tawau pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, turut disita sebuah motor pukat tunda dan peralatan memukat bernilai RM64,950.00.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan dan kesemua peralatan dan hasil tangkapan dirampas selepas dia didapati memukat di kawasan larangan.

Penahanan itu dilakukan mengikut Akta Perikanan Seksyen 8 (b) 1985 dengan kesemua peralatan dan hasil tangkapan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

Komen


Berita Berkaitan