Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM tahan juragan bot

10:55am 29/11/2016 Pak Roshan 106 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SEMPORNA: Seorang juragan bot berusia 60 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di sini selepas didapati membawa 480 liter minyak petrol yang diisi dalam 16 jerikin bernilai kira-kira RM1468.80.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata sepasukan anggota diketuai Koperal Amboh Sakah Saguni telah menahan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan Laut Pondohan Kerindingan kira-kira jam 6.30 petang pada Ahad.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terdapat seorang juragan dipercayai warga Filipina dengan pemeriksaan mendapati nombor bot dan nombor siri enjin bot tidak sama di dalam lesen bot yang dipegangnya.

“Bot tersebut juga didapati membawa 16 jerikin berisi minyak petrol tanpa dokumen sah dan telah dirampas lalu dibawa ke Pangkalan PPMSemporna untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDNKK),” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan sebuah bot bersama seunit enjin turut disita PPM untuk tindakan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (MSO) di kawasan Laut Terusan Tengah, Semporna.

Mohamad dalam pada itu berkata, pihaknya terus komited dalam usaha membantu menguatkuasakan segala undang-undang dan membanteras sebarang kegiatan jenayah dan menyalahi undang-undang khususnya di perairan negara.

Sehubungan itu katanya, kerjasama seluruh lapisan masyarakat dan semua agensi berkaitan amat diharapkan ke arah tindakan dan operasi yang lebih berkesan bagi membanteras kegiatan jenayah dan menyalahi undang-undang negara. – NewSabahTimes

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan