Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM tahan juragan, 7 PATI

Lapan individu ditahan PPM ketika cuba menyusup masuk ke Semporna dari selatan Filipina. – Foto ihsan PPM

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang juragan warga tempatan bersama tujuh pendatang asing tanpa izin  (PATI) warga Filipina dalam satu operasi di perairan berhampiran Pangkalan Hadapan Tun Sharifah Rodziah (TSR) di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz, berkata mereka ditahan selepas bot yang dinaiki dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota PPM ketika menjalankan Op Gelora Khas di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 7.00 malam.

“PPM bertindak menahan perahu itu untuk pemeriksaan dan mendapati juragan itu membawa tujuh PATI yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berumur antara 23 hingga 53 tahun yang cuba menyusup masuk ke daerah ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan.

“Semua mereka termasuk juragan mengaku baru saja tiba dari Sitangkai, Filipina dan gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, juragan dan semua PATI terbabit ditahan serta dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Sebuah bot dengan dua unit enjin dan tangki petrol bernilai RM4,860 turut dirampas,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan