Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM tahan empat PATI cuba masuk ke Semporna

OPERASI ... Bot PPM ketika menjalankan Ops Gelora. - Foto NewSabahTimes
OPERASI … Bot PPM ketika menjalankan Ops Gelora. – Foto NewSabahTimes

SEMPORNA: Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa gagal masuk ke daerah ini selepas ditahan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Laut Pelabuhan.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan sepasukan anggota yang menjalankan Ops Gelora melakukan pemeriksaan terhadap bot-bot yang keluar masuk ke daerah ini pada Rabu kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan dengan teliti terhadap bot mendapati seramai empat orang berusia 21 hingga 50 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan telah ditahan untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

PPM dalam pada itu akan terus komited menjalankan penguatkuasaan ke arah usaha membanteras kemasukan PATI khususnya ke daerah ini.

Katanya, kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan dan masyarakat amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan untuk tindakan yang lebih baik. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan