Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM tahan dua lelaki, rampas racun tangkap ikan

9:00pm 30/09/2016 Pak Roshan 43 views Jenayah,Mutakhir

ppm pgm

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan dua lelaki dan merampas 106 plastik mengandungi ketulan racun menangkap ikan di kawasan perairan Laut Terusan, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan berkata, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 50 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Akta Perikanan.

Menurutnya, pihaknya turut menyita sebuah bot, dua unit enjin bot, satu unit Goggle dan gelung hos dalam kes berkenaan yang nilai keseluruhan dianggar berjumlah RM5,760.

“Sepasukan anggota yang menjalankan tugas rondaan kira-kira jam 9.55 pagi telah terserempak dan menahan lalu memeriksa sebuah bot pam berwarna kuning,” katanya.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 106 bungkus plastik hitam mengandungi ketulan serbuk putih dipercayai sodium iaitu dipercayai racun untuk menangkap ikan di dalam bot berkenaan. – NewSabahTimes

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan