Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Tahan Dua Individu Kerana Disyaki Miliki MyKad Palsu

mykad

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) menahan, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 41 dan 48 tahun kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ketika cuba memasuki Malaysia melalui perairan Tawau, Selasa.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kedua-dua individu itu ditahan, selepas anggota PPM yang sedang melakukan rondaan Op Landai di kawasan perairan laut Sabindo, menahan sebuah bot laju dari arah Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, kira-kira 11.30 pagi.

“Terdapat seorang tekong berusia 22 tahun dan dua penumpang dalam bot laju berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tekong itu memiliki pasport, sementara kedua-dua penumpang menunjukkan kad pengenalan agak kabur dan kemudian mengaku membeli MyKad daripada seseorang dengan harga RM1,000 sekeping,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Kedua-dua penumpang terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara kerana menggunakan atau memiliki kad pengenalan palsu, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan