Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM tahan 28 PATI cuba masuk Sandakan

6:56pm 17/05/2016 Pak Roshan 1705 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
TIGA bot membawa pendatang asing tanpa izin yang cuba menyeludup masuk ke Sabah ditahan PPM, di Sandakan. - Gambar ihsan PPM

TIGA bot membawa pendatang asing tanpa izin yang cuba menyeludup masuk ke Sabah ditahan PPM, di Sandakan. – Gambar ihsan PPM

SANDAKAN: Cubaan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup masuk ke Sabah gagal apabila mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan kuala Sungai Batu 2, di sini, malam tadi.

Semua PATI iaitu 26 wanita dan dua lelaki berusia antara 19 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan anggota PPM kira-kira jam 9 malam.

Ketika serbuan, semua PATI yang menaiki tiga bot laju dipercayai menunggu di depan kuala Sungai Batu 2 sambil menanti isyarat untuk memasuki sungai ke lokasi mendarat.

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, mereka cuba melarikan diri namun dapat ditahan.

“Turut ditahan adalah tiga lelaki termasuk dua warga tempatan berusia 19 hingga 32 tahun disyaki juragan. Nilai rampasan bot dan enjin dianggarkan RM60,200,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Mohamad berkata, kes disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/ 63. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan