Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM tahan 27 warga Indonesia, seorang juragan

 

TAWAU: Seramai 27 individu warga Indonesia termasuk seorang juragan yang cuba masuk ke daerah ini melalui persisiran Laut Batu 4 di sini, pada Jumaat lepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota yang membuat pemantauan di kawasan tersebut telah menahan dan memeriksa sebuah bot laju mencurigakan kira-kira jam 7.50 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terdapat seorang juragan berusia 19 tahun membawa 26 individu berumur lingkungan 4 bulan sehingga 43 tahun cuba untuk mendarat di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini.

“Kesemua 27 termasuk juragan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Yazib berkata juragan disiasat di bawah aktiviti penyeludupan migran (ATIPSOM 2007/2010) manakala 26 individu lagi ditahan dibawah Seksyen 6(1) C Akta Imigresen 1959/63. – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan