Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Semporna Tahan 12 PATI Di Perairan Tongkaloh

11:30pm 24/09/2016 Pak Roshan 440 views Jenayah,Mutakhir
pati

gambar hiasan

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam operasi di perairan Tongkaloh, dekat sini, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun, berkata operasi itu menyaksikan penahanan 12 PATI lelaki dipercayai warga Filipina berusia lingkungan 19 hingga 56 tahun selepas bot pam yang dinaiki mereka ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi.

“PPM telah menahan sebuah bot dari Pulau Denawan yang di dalamnya terdapat 12 PATI dan kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari Sabtu.

Mohamad berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan operasi ditumpu di kawasan perairan berkenaan yang dikenal pasti sebagai antara laluan digunakan PATI untuk masuk ke daerah ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan