Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Semporna Rampas Minyak Masak Cuba Diseludup Ke Filipina

ppm rampas minyak masak

SEMPORNA– Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 357 paket minyak masak yang dipercayai cuba diseludup ke Filipina selepas menahan sebuah bot laju di perairan Tanjung Manimpa dekat sini hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata anggotanya, yang menjalankan Op Paradise, mengesan bot laju itu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 7.30 pagi.

Beliau berkata ketika dihampiri, pemandu bot cuba melarikan diri namun gagal apabila bot itu berjaya dipintas anggota polis marin yang menyamar semasa menjalankan operasi berkenaan.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan minyak masak terbabit yang disembunyi dalam tujuh karung guni putih dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad berkata lelaki berusia 45 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kesalahan dilakukan di bawah Akta Kastam 1967 kerana menyeludup keluar barangan berduti Kastam tanpa dokumen yang sah.

Nilai keseluruhan rampasan dianggar RM18,026 membabitkan minyak masak, bot dan enjin.

Mohamad meminta masyarakat memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Sabah, terutama di daerah Semporna.

Katanya, kerjasama antara PPM dan masyarakat serta orang awam diperlukan bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan di perairan, pulau dan pesisiran pantai Sabah.

Komen


Berita Berkaitan