Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Semporna rampas bom ikan, suspek nekad terjun laut

 

The Marine
Marin

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas bahan-bahan menghasilkan bom ikan dan 15 kilogram ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan berbahaya itu semasa tugas khas di perairan Kampung Hidayat di sini jam 7.10 malam tadi.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madun dalam kenyataan di sini hari ini berkata, antara yang dirampas termasuklah empat unit bahan peledak (detonator) yang sudah siap bersumbu dan lima botol kaca berisi baja ammonia.

Bagaimanapun, katanya, tiga suspek berjaya melarikan diri setelah nekad terjun ke laut ketika pasukannya sedang menghampiri bot pam milik mereka.

“Pasukan kita sebelum itu terserempak dengan bot pam mencurigakan yang dinaiki tiga lelaki termasuk juragan dan mereka bertindak terjun ke laut sebelum menghilangkan diri apabila cuba dihampiri,” katanya.

Menurut Mohamad, pemeriksaan lanjut ke atas bot pam itu mendapati sejumlah bahan letupan, ikan yang dibom serta peralatan lain di dalamnya dan kemudian dirampas untuk siasatan di bawah Akta Bahan Letupan.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan