Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Semporna Rampas 850 Peket Minyak Masak Yang Cuba Diseludup Keluar

1:08am 13/06/2016 Pak Roshan 257 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 850 peket minyak masak bernilai RM2,250 yang dipercayai cuba diseludup keluar dalam ‘Ops Khas’ di kawasan perairan Sibangkat, dekat sini Jumaat lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata anggota peronda PPM yang sedang menjalankan operasi di kawasan berkenaan kira-kira pukul 9 malam terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan.

“Setelah ditahan dan diperiksa terdapat seorang lelaki berusia 35 tahun dan 50 kotak yang berisi 850 peket minyak masak. Pemeriksaan turut mendapati tiada sebarang dokumen untuk membolehkan lelaki berkenaan membawa minyak masak berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata tangkapan dan rampasan itu kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, dalam kes berasingan Mohamad berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun selepas dipercayai menjalani kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Gelam-Gelam pagi tadi.

Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan pukul 9.30 pagi di dalam sebuah bot yang apabila diperiksa mempunyai tiga botol kaca berisi baja ammonia dan tiga batang datenator bersumbu yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan