Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Semporna periksa 37 bot tempatan

6:31pm 03/11/2015 Ann Vivien 55 views Jenayah,Tempatan
Anggota PPM Semporna menjalankan pemeriksaan ke atas bot-bot yang beroperasi di Pelabuhan Semporna hari ini.

Anggota PPM Semporna menjalankan pemeriksaan ke atas bot-bot yang beroperasi di Pelabuhan Semporna hari ini.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna memeriksa sebanyak 37 buah bot tempatan yang beroperasi di perairan Pelabuhan Semporna dalam Ops Tugas Khas selama lima jam di lokasi berkenaan hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun berkata, turut diperiksa adalah seramai 197 warga tempatan dan 82 warga asing berdaftar.

Menurutnya, selepas dokumentasi dan saringan dilakukan, 17 kes direkodkan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan sebanyak RM1, 700 kompaun/saman turut dikeluarkan.

Mohammad berkata, lesen pemilik bot yang didapati melakukan kesalahan berkaitan peralatan keselamatan ditahan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga sehingga pemiliknya melengkapkan peralatan diperlukan, sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Seramai sembilan anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi tersebut yang bermula pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari yang memberi tumpuan operasi ke atas bot-bot yang beroperasi di perairan Pelabuhan Semporna.- Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan