Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Sandakan Tahan 37 Pati Dalam Operasi Khas Di Perairan Sandakan

6:45pm 23/09/2016 Pak Roshan 893 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan sebanyak 37 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dalam Operasi Khas yang diadakan tiga hari berakhir semalam, di kawasan perairan laut Sandakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata tumpuan operasi dilakukan di kawasan perairan laut Sungai Batu 2 hingga ke perairan laut Tabangka meliputi perairan Pulau Nunuyan.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri 17 lelaki dewasa, 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang berumur antara empat dan lima tahun kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

“Turut ditahan, empat lelaki warga Filipina yang menjadi juragan bot dan polis turut dirampas sebuah pam bot bersama enjin dan tiga bot laju berserta enjin yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM39,905,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah 629 paket minyak masak yang bernilai RM1,572.50 dipercayai untuk diseludup ke Selatan Filipina.

Mohamad berkata dalam tangkapan pertama Selasa lepas, pada 12.30 tengah malam di perairan laut Nunuyan, pihaknya menahan lapan PATI serta merampas sebuah bot laju berserta enjin.

Katanya tangkapan kedua pada hari yang sama pada 12.30 tengah hari di Tanjung Lihak-Lihak Tabangka, pihaknya merampas 629 bungkus minyak masak.

Minyak masak berkenaan disimpan di sebuah pondok di atas pokok bakau yang ditutupi dengan tikar getah, dipercayai disimpan untuk diseludup ke kumpit-kumpit yang terdapat di perairan Filipina, katanya.

Beliau berkata tangkapan ketiga pada Rabu lepas kira-kira 12.30 tengahari di hutan bakau, Tanjung Nunuyan, sebanyak 20 PATI ditahan dan sebuah bot laju dengan satu unit enjin dirampas.

Dalam tangkapan keempat pada 12.30 tengah hari semalam, di perairan laut Pamaguan, sebanyak sembilan PATI ditahan dan sebuah bot laju bersama satu unit enjin dirampas.

Mohamad berkata bagi tangkapan PATI, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara rampasan minyak masak diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sandakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1960.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan