Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Sandakan Tahan 12 Warga Filipina Mahu Bekerja Di Ladang

RUMAH setinggan atas air yang dijadikan transit kepada warga asing di Batu 2, Sandakan. – Foto Ihsan PPM

 

SANDAKAN, 13 Nov (Bernama) — Cubaan 12 warga Filipina masuk secara haram ke negeri ini untuk bekerja di ladang kelapa sawit gagal apabila mereka ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di sebuah rumah setinggan di Batu 2 dekat sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata serbuan dilakukan pada jam 11.50 malam di rumah tersebut yang dijadikan sebagai transit sementara sebelum 11 lelaki dan wanita berkenaan dibawa ke ladang kelapa sawit tempat mereka akan bekerja.

Katanya siasatan mendapat perbelanjaan dan tambang warga Filipina berusia antara 21 hingga 47 tahun itu dari Zamboanga, Filipina telah ditanggung oleh majikan daripada salah sebuah ladang  kelapa sawit di negeri ini.

Ketika serbuan dilakukan di rumah itu, kesemua mereka sedang tidur di ruang tamu dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tiada memiliki sebarang keterangan diri, dipercayai baharu tiba di daerah ini, katanya dalam satu kenyataan,  hari ini.

Mohd Yazib berkata siasatan juga mendedahkan bahawa kesemua mereka menaiki kapal dari Zamboanga, Filipina menuju ke Pulau Taganak yang terletak berhampiran sempadan perairan negara itu dan Malaysia.

Katanya setelah sampai dan mendarat di Pulau Taganak Filipina dan mereka akan menunggu bot laju yang akan membawa mereka memasuki daerah ini.

Menurutnya kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

— BERNAMA
Semua wanita terbabit ditahan kira-kira jam 2.30 pagi semalam mendakwa masuk ke Sabah secara haram selepas dijanjikan pekerjaan oleh ejen di Sabah. – BH ONLINE

RUMAH setinggan atas air yang dijadikan transit kepada warga asing di Batu 2, Sandakan. – Foto Ihsan PPM
RUMAH setinggan atas air yang dijadikan transit kepada warga asing di Batu 2, Sandakan. – Foto Ihsan PPM

Komen


Berita Berkaitan