Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Rampas Ubat, Kosmetik Tanpa Permit

9:02am 18/03/2016 Pak Roshan 215 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Arkib SayangSabah

Sekada Gambar Hiasan / Gambar Arkib SayangSabah

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah merampas pelbagai ubat dan barangan kosmetik tanpa permit dianggarkan bernilai RM24,440 di sini semalam.

Komander PPM Sabah ACP Mohamad Madun berkata sepasukan anggota polis marin yang menjalankan ‘Op Tango Papa’ terserempak dengan bot laju yang membawa barangan itu kira-kira pukul 8.30 pagi dekat Pelabuhan Tawau di sini.

“Pemeriksaan ke atas bot itu mendapati seorang juragan dan seorang penumpang bersama pelbagai barangan bercukai tanpa permit termasuk peralatan motosikal.

“Penumpang berkenaan secara lisan mengaku barangan itu miliknya untuk pasaran di daerah ini. Kesemua barangan berkenaan telah dibawa ke pangkalan PPM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad, juragan dan penumpang berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan