Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Rampas 7 Kerbau Cuba Diseludup Keluar Dari Tawau

5:59pm 28/03/2016 Pak Roshan 302 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Tujuh ekor kerbau bernilai RM42,000 yang cuba diseludup keluar menggunakan sebuah kapal kayu melalui muara sungai Tanjung Batu dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) malam tadi. - Foto BERNAMA

Tujuh ekor kerbau bernilai RM42,000 yang cuba diseludup keluar menggunakan sebuah kapal kayu melalui muara sungai Tanjung Batu dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) malam tadi. – Foto BERNAMA

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas tujuh ekor kerbau dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua kerbau itu dirampas dalam sebuah kapal kayu semasa pasukan keselamatan berkenaan membuat rondaan di perairan Sungai Tanjung Batu kira-kira 9.30 malam.

“Semasa operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah kapal kayu yang mencurigakan dinaiki dua lelaki berusia 33 dan 42 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemui tujuh ekor kerbau hidup yang diakaui milik salah seorang penumpang kapal berkenaan dan dipercayai cuba dibawa keluar ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,

Mohamad berkata siasatan mendapati pemilik kerbau itu gagal menunjukkan sebarang permit atau dokumen sah untuk membolehkan mereka membawa haiwan tersebut ke negara jiran.

Beliau berkata kedua-dua lelaki dan kerbau itu dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan terus komited membanteras sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan