Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Rampas 600 Paket Tepung Yang Cuba Diseludup Keluar Di Tawau

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas 600 paket tepung jagung yang cuba diseludup keluar ke negara jiran di perairan Sungai Haji Kuning, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata tepung berkenaan dirampas kira-kira pukul 3.30 petang dalam sebuah bot laju yang sedang menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

“Ketika operasi itu pasukan peronda telah menahan bot laju berkenaan yang dinaiki seorang lelaki dan wanita. Pemeriksaan terhadap bot itu mendapati terdapat 600 paket tepung jagung.

“Kedua-dua individu itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pelepasan daripada kastam,” katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata kedua-dua individu berkenaan dan kesemua tepung itu kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan