Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM rampas 5 bot pam

7:46pm 18/03/2017 Pak Roshan 434 views Jenayah,Mutakhir

gambar hiasan

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) menahan empat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima bot pam dalam operasi berasingan di perairan Laut Nusa Kuya dan selatan Pulau Mantabuan di sini, petang semalam.

Pemangku Komander, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Superintendan Norzaid Mohammad Said, berkata semua PATI yang ditahan berusia antara 33 hingga 50 tahun.

“Mereka ditahan ketika cuba menyeludup masuk ke daerah ini secara haram menggunakan bot pam pada jam 5.10 petang.

“Empat PATI itu termasuk tekong bot yang mengaku baru tiba dari pulau Sibugal Filipina ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam operasi berasingan antara jam 8.30 pagi hingga 10 pagi semalam, PPM turut merampas lima bot pam di beberapa kawasan perairan sekitar daerah Semporna.

“Lima bot pam itu ditahan kerana didapati melanggar peraturan mengikut Seksyen 474 Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (MSO).

“PPM turut merampas lima unit enjin pam berkenaan dengan nilai rampasan dianggarkan RM12,800,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda