Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM rampas 450 liter petrol cuba diseludup

11:10am 28/11/2016 Pak Roshan 37 views Jenayah,Mutakhir
Petrol bersubsidi yang dirampas dalam operasi berasingan oleh Pasukan Polis Marin di perairan Semporna, semalam. - Foto Ihsan PPM

Petrol bersubsidi yang dirampas dalam operasi berasingan oleh Pasukan Polis Marin di perairan Semporna, semalam. – Foto Ihsan PPM

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 480 liter minyak petrol bernilai RM1,468.80 yang dipercayai cuba diseludup keluar melalui perairan Pondohan Kerindingan dekat sini, awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata bahan bakar itu dirampas sepasukan anggota PPM Semporna selepas memeriksa sebuah bot di perairan berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati nombor pendaftaran bot dan nombor siri enjinnya tidak sama seperti tercatat dalam lesen.

“Berikutan itu, kita menahan seorang juragan warga Filipina berumur 60 tahun yang turut membawa 16 tong mengandungi 30 liter petrol setiap satu, dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad berkata, siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa petrol.

Katanya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Selain petrol, turut dirampas ialah bot bersama satu unit enjin sangkut jenama Yamaha Enduro 60 kuasa kuda yang keseluruhannya dianggar bernilai RM22,468.80.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Sek. 474 Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 (MSO),” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan