Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM rampas 19,000 telur penyu

10:13pm 16/07/2016 Pak Roshan 915 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Anggota PPM memeriksa bot pam yang membawa telur penyu dan pendatang asing tanpa izin menerusi perairan Pulau Nunuyan, di Sandakan. - FOto ihsan PPM Sandakan

Anggota PPM memeriksa bot pam yang membawa telur penyu dan pendatang asing tanpa izin menerusi perairan Pulau Nunuyan, di Sandakan. – FOto ihsan PPM Sandakan

SANDAKAN: Cubaan empat juragan menyeludup masuk 19,000 biji telur penyu dianggarkan bernilai RM30,000, gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di perairan Sungai Batu 2, dekat sini, awal hari ini.

Semua juragan warga Filipina berusia 21 hingga 49 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas, jam 1.45 pagi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata intipan pihaknya susulan maklumat penyeludupan telur penyu, berjaya mengesan empat bot pam dalam keadaan mencurigakan memasuki kawasan perairan itu.

Setelah berjaya memintas bot berkenaan, anggota PPM mendapati bot itu membawa muatan telur penyu yang diisi dalam guni bersama tujuh pendatang asing tanpa izin berusia 17 hingga 63 tahun.

“Ini rampasan telur penyu pertama tahun ini. Anggaran rampasan termasuk bot dan enjin berjumlah RM41,250,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – BH Online

TELUR penyu yang cuba diseludup dari negara jiran ke Sandakan. - Foto ihsan PPM Sandakan

TELUR penyu yang cuba diseludup dari negara jiran ke Sandakan. – Foto ihsan PPM Sandakan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan