Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM rampas 18 cengkerang penyu

2:18pm 14/04/2016 Pak Roshan 267 views Jenayah,Mutakhir
CENGKERANG penyu yang dirampas di perairan Pulau Sipanggao di Semporna oleh PPM Semporna, semalam.

CENGKERANG penyu yang dirampas di perairan Pulau Sipanggao di Semporna oleh PPM Semporna, semalam.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas 18 cengkerang penyu di perairan Pulau Sipanggao, dekat sini, semalam dipercayai cuba diseludup masuk ke negeri ini untuk dijual di pasaran gelap.

Ia susulan penahanan dua lelaki warga Filipina berusia 20 dan 24 tahun yang menaiki sebuah bot di perairan berkenaan pada jam 12.30 tengah hari.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata rampasan dan tangkapan itu dibuat ketika sepasukan anggotanya yang menaiki sebuah bot ronda menjalankan rondaan di perairan terbabit sebelum terserempak dengan bot dinaiki kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati bot terbabit sarat berisi cengkerang penyu dan hasil pengakuan lisan kedua-dua lelaki berkenaan, cengkerang itu mahu dijual di pasaran gelap di sekitar daerah ini,” katanya di sini, sebentar tadi.

Mohamad berkata, semua cengkerang itu dirampas dan dua lelaki berkenaan ditahan serta dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan