Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM patahkan cubaan dua lelaki seludup petrol ke negara jiran

Petrol yang dirampas pihak PPM. - foto ihsan PPM
Petrol yang dirampas pihak PPM. – foto ihsan PPM

SEMPORNA – Polis marin berjaya menahan dua lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 22 tahun semasa menjalankan tugas khas menggunakan bot samaran di periaran laut Kampung Bangau-Bangau di sini semalam.

Rondaan yang diketuai Koperal Justin Josue Kating bersama lima anggota telah menahan sebuah pump bot berwarna kuning di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati, sebanyak 400 liter minyak petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Rampasan bernilai RM3,836 itu dibawa pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna untuk tindakan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan