Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPM Gagalkan Cubaan Seludup Masuk 15 Tan Minyak Kelapa Sawit Ke Tawau

polismarin

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup masuk 15 tan minyak kelapa sawit bernilai RM405,000 menggunakan bot ke daerah ini pada Selasa.

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad Madun berkata berkata minyak kelapa sawit yang belum diproses itu dirampas dari sebuah bot yang datang dari negara jiran ketika berlabuh di kawasan pantai Sabindo, di sini pada 7.45 pagi, semalam.

“Anggota PPM yang menjalankan Ops Cantas Khas di sekitar perairan daerah ini melihat bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati bot berkenaan dimuatkan dengan empat petak tangki fiber berisi 15 tan minyak kelapa sawit mentah,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata juragan bot berusia 28 tahun dan seorang anak kapal berasal dari Indonesia, turut ditahan untuk membantu siasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membolehkan minyak kelapa sawit itu dibawa masuk ke negara ini.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati minyak kelapa sawit itu dipercayai dibawa dari Indonesia untuk dipasarkan di daerah ini.

Komen


Berita Berkaitan