Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 50 Tong Gas Ke Negara Jiran

3:51pm 27/01/2016 Pak Roshan 47 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan satu cubaan menyeludup keluar 50 tong gas memasak ke negara jiran awal pagi, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata sepasukan anggota PPM yang menjalankan tugasan khas sekitar jam 8.40 pagi itu terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan di perairan Pulau Samar-Samar.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot itu, anggota saya menemui 50 tong gas hijau (Petronas) dalam bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut, siasatan lanjut turut mendapati juragan bot berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun, gagal menunjukkan dokumen permit membawa tong gas berkenaan.

“Kesemua tong gas, perahu dan enjin bot bernilai RM14,000 turut dirampas dan juragan boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata anggota PPM turut menahan lelaki berusia 62 tahun yang cuba memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

“Sewaktu anggota PPM yang melakukan tugasan khas dekat Pulau Batik, Kulambu pada jam 10 malam tadi telah menghampiri sebuah bot dan kelihatan tiga lelaki terjun ke dalam laut bagi mengelakkan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki warga emas itu mengaku berasal dari Sitangkai Filipina dan menetap di daerah Kunak.

“Warga tua ini di tahan mengikut Akta Imigresen,” jelasnya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan