Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM buat laporan polis

8:04pm 11/01/2016 Ann Vivien 76 views Jenayah,Tempatan
. Charles  (tiga dari kanan) bersama pemimpin-pemimpin masyarakat menunjukkan salinan laporan polis selepas membuat laporan polis di IPD Keningau

Charles (tiga dari kanan) bersama pemimpin-pemimpin masyarakat menunjukkan salinan laporan polis selepas membuat laporan polis di IPD Keningau

KENINGAU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.37 Sook  Janim Charles Ikang  membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Kahirin Bador yang mempersendakan tugas Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin.

Charles berkata, pada 9 Januari 2016 beliau menerima whatsapp daripada rakan dalam group berkaitan dengan satu rakaman perbualan yang dipercayai Kahirin Bador dengan seorang yang tidak dikenali selama 5 minit 21 saat.

Katanya, dalam minit 1.24 saat rakaman perbualan tersebut, suara yang dipercayai Kahirin Bador jelas menyatakan “Datuk Ellron sekarang hanya datang merasmikan majlis kahwin dan kematian”.

“Kenyataan tersebut  jelas mempersendakan tugas Ellron selaku Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau pada Isnin.

Tambahnya, kenyataan Kahirin juga mempersendakan adat kematian yang diumpamakan sebagai satu majlis keramaian. Justeru itu laporan polis agar siasatan dijalan apakah motif sebenar kenyataan tersebut .- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan