Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPM berjaya rampas rokok, mercun bernilai RM 1.3 juta

11:11am 23/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 175 views Tempatan
Mohamad (kiri) menunjukkan rokok dan mercun yang dirampas.

Mohamad (kiri) menunjukkan rokok dan mercun yang dirampas.

KOTA KINABALU- Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu berjaya merampas 22,790 bungkus rokok dan 49 kotak mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM 1.3 juta, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pirasan, Kota Belud, pada jam lebih kurang 1 pagi, semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, rampasan tersebut merupakan kejayaan terbesar bagi Markas Operasi PPM Wilayah 4 Sabah pada tahun ini.

“Siasatan awal mendapati rokok dan mercun ini dibawa masuk melalui Mangsi, Filipina dan diletakkan sementara di rumah tersebut sebelum diagihkan oleh pembekal untuk pasaran sekitar Kota Marudu, Kudat dan Ranau serta kawasan daerah sekitarnya,”tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita dalam satu sidang akhbar di Bilik Mesyuarat PPM, disini, pagi tadi.

Sehubungan itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara Filipina berumur 20-an dan sebuah kenderaan jenis MPV iaitu Naza Citra.

Katanya, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk nilai rokok, duti import, duti eksais, cukai jualan rokok dan mercun serta rampasan kenderaan berjumlah RM 1,363,646.

Selain itu, Mohamad berkata rampasan rokok tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa atau memunggah barangan yang belum lulus cukai Kastam DiRaja Malaysia.

Jelasnya, jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga sepuluh kali ganda nilai cukai kastam barangan atau RM 5000 atau boleh didenda sepuluh kali ganda nilai cukai atau denda RM 100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua- duanya sekali.

Manakala rampasan pelbagai mercun, tambahnya, akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda RM 10,000 atau kedua- duanya sekali.

“Kami merampas Era hijau (550 bungkus), Era biru (3,550), Era hitam (240), Win (1,580), Astro Merah (800), JT (President) (900), Premium kuning (750), V&M (400) dan John (14,020).

“Kami turut merampas mercun jenis Crazy Bang (280 batang), Match Cracker (18,000) dan Grand Cake (280),” katanya.

Disamping itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kegiatan yang menyalahi undang- undang yang berlaku di perairan Sabah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Mohamad semasa sidang akhbar PPM Kota Kinabalu Wilayah 4 Sabah, disini, hari ini.

Mohamad semasa sidang akhbar PPM Kota Kinabalu Wilayah 4 Sabah, disini, hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan