Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPKK saluran kesihatan penting rakyat

ppkk

TAWAU  – Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) merupakan saluran komunikasi dua hala yang berkesan sebagai forum interaksi antara masyarakat dan anggota kesihatan sejak diwujudkan pada 1995.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kewujudannya selaras usaha menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat dalam mencapai matlamat ‘Kesihatan Untuk Semua’.

“Konvensyen PPKK merupakan satu daripada platform untuk berkongsi idea dan pengalaman tentang projek-projek yang dijalankan di daerah masing-masing melalui pembentangan lisan dan poster,” katanya ketika berucap pada majlis malam mesra sempena Konvensyen PPKK Kelima Peringkat Negeri di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi; Presiden MPT, Datuk Ismail Mayakob dan Pengerusi PPKK negeri, Stanley Chin Yet Min.

Tawfiq berkata, anggota PPKK seharusnya menjadi agen perubahan dan tauladan dalam kalangan masyarakat khususnya mengamalkan tabiat-tabiat kesihatan yang baik.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Jabatan Kesihatan mengambil pelbagai inisiatif untuk memberi pendedahan, pengalaman dan pengetahuan kepada anggota PPKK dengan mengadakan ceramah kesihatan selain sesi latihan amali.

Tawfiq turut yakin anggota PPKK berupaya menjadi ejen atau jurucakap kesihatan bagi menyebarkan informasi kesihatan yang berfaedah kepada orang ramai.

Menurutnya, konvensyen seumpama ini disarankan diperluas ke peringkat yang lebih tinggi.

Komen


Berita Berkaitan