Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPK bantu peladang, elak tekanan orang tengah

David (dua dari kanan) bersama rombongan meninjau projek tanaman pisan di Kampung Mansasoh. - foto Kalawon Sawing
David (dua dari kanan) bersama rombongan meninjau projek
tanaman pisan di Kampung Mansasoh. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom sentiasa mengambil langkah proaktif bagi menangani isu isu penambahbaikan peluang para petani dan peladang bagi memasarkan hasil pertanian mereka agar tidak ditekan oleh peranan orang tengah yang mengenakan harga rendah.

Pengerusinya David Jani berkata, ini terbukti dengan usaha PPK mendapatkan peruntukan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah bagi membina bangunan pusat pengumpulan hasil pertanian yang kini sudah siap dibina di perkarangan Pejabat PPK di sini.

“Pihak agensi berkaitan telah mengadakan taklimat kepada Ketua-Ketua Unit mengenai isu berkaitan di pejabat PPK Tenom dihadiri para pegawai LPP Sabah. Antara agensi yang terlibat adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah, Jabatan Pertanian, KPD Jabatan Perikanan, Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak dan PPK sendiri “ katanya.

David berkata, pihaknya berpuas hati dengan penglibatan ahli-ahli unit yang begitu aktif termasuk penyertaan belia dan wanita melalui aktiviti penanaman getah, limau pamilo dan pisang yang sudah mengeluarkan hasil dengan purata pengeluaran tiga tan seminggu.

Tambahnya, Unit ini sedang melaksanakan tanaman lada hitam yang dijangka dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh 18 bulan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan