Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPIM berperanan bendung gejala sosial

Hamisa Samat (tengah) bergambar kenangan bersama ahli Pergerakan Puteeri Islam Malaysia Cawangan Tawau.
Hamisa Samat (tengah) bergambar kenangan bersama ahli Pergerakan Puteeri Islam Malaysia Cawangan Tawau.

TAWAU – Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) perlu melengkapkan diri dan mempelbagaikan ilmu kemahiran bagi memudahkan mereka memainkan peranan membantu membendung gejala sosial dalam kalangan golongan muda.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, sebagai sebuah persatuan yang sentiasa berbakti kepada agama, PPIM perlu menerapkan ilmu dipelajari untuk memelihara akhlak dalam kalangan umat Islam terutama golongan muda.

“Ahli PPIM perlu membimbing rakan-rakan lain khasnya dari segi akhlak dan juga sentiasa berbakti kepada agama serta menimba ilmu dari semua aktiviti yang disertai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penarafan PPIM Peringkat Daerah Tawau di sini semalam.

Majlis yang menyaksikan 171 ahli PPIM menerima sijil penarafan pelbagai peringkat itu turut dihadiri Pengerusi PPIM Daerah Tawau, Rosnah Abdul Razak.

Selain itu, Hamisa berkata, setiap ahli PPIM perlu dinamik dan melengkapkan diri dengan ilmu pertahanan serta mempelbagaikan kemahiran lain agar menjadi muslimah sejati.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu itu turut  menekankan kepentingan penyertaan pelajar sekolah dalam persatuan beruniform.

Jelasnya, selain cemerlang dalam akademik, penyertaan aktif dalam ko-kurikulum, khususnya persatuan beruniform, menyakinkan institusi pengajian tinggi dan pasaran kerja terhadap keupayaan seseorang.

“Kita bukan sahaja dinilai dengan pencapaian cemerlang dalam akademik, tetapi juga ko-kurikulum yang lebih banyak menonjolkan sikap diri kita sebenar terutama dari aspek kepimpinan dan komitmen,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan