Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PPD Keningau juara bola jaring piala Toh Puan

11:54am 19/10/2016 Leolerry Lajius 12 views Kota Kinabalu,Tempatan
Antara aksi sengit perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan tahun 2016.-PENERANGAN

Antara aksi sengit perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan tahun 2016.-PENERANGAN

KOTA KINABALU :  Piala Toh Puan 2016 akhirnya menjadi milik Pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau apabila berjaya menewaskan Pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah.

Pada perlawanan akhir itu, kedua-dua pasukan menyajikan permainan yang bermutu tinggi apabila saling berbalas jaringan sehingga terikat 15 sama.

Malah, para penonton yang hadir bertambah teruja ketika kedua-dua pasukan terikat 25 sama selepas masa tambahan, dan PPD Keningau berjaya mencuri dua mata kemenangan untuk menumpaskan pihak lawan dengan keputusan akhir 27 – 25 sekaligus menjuarai kejohanan edisi ke-5.

PPD Keningau membawa pulang wang tunai RM1,000 serta Piala Pusingan, pingat dan sijil penyertaan manakala naib johan pula menerima wang tunai RM700 serta pingat dan sijil.

Bagaimanapun, kekecewaan SKN Sabah sedikit terubat apabila pemain penyerangnya Mariana Ajit dinobat sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak kejohanan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pula meraih tempat ketiga apabila menumpaskan Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA) 14-8.

Kejohanan sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-63 itu menarik 24 penyertaan terdiri daripada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun dan syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta pasukan jemputan iaitu OSCA.

Isteri TYT, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M. Jasni yang hadir menyaksikan perlawan akhir turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Likas, petang semalam.

Hadir sama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul dan Presiden Persatuan Bola Jaring Sabah, Chendramata Sinteh./PENERANGAN-

 Pasukan PPD Keningau bergambar kenangan bersama Norlidah dan tetamu jemputan lain.-PENERANGAN

Pasukan PPD Keningau bergambar kenangan bersama Norlidah dan tetamu jemputan lain.-PENERANGAN

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan