Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PPD Keningau, IPD anjur Latihan Dalam Perkhidmatan di sekolah

Douglas Taong (berdiri depan lima dari kanan) bergambar kenangan bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan Guru-Guru Kadet Polis Sekolah selepas mesyuarat itu. - foto Kalawon Sawing
Douglas Taong (berdiri depan lima dari kanan) bergambar kenangan bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan
Guru-Guru Kadet Polis Sekolah selepas mesyuarat itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau dengan kerjasama Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Keningau akan menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada guru-guru dan semua kadet polis di sekolah-sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Douglas Taong berkata, penganjuran latihan itu bertujuan  memperkasa aktiviti dan menyelaraskan penggunaan uniform bagi  kadet polis di daerah ini.

“Selain membincangkan penganjuran LDP, kita juga memutuskan bahawa IPD Keningau akan mengadakan lawatan ke semua Sekolah Menengah yang mempunyai kadet polis di daerah ini” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Kor Kadet Polis Daerah Keningau, di sini hari ini.

Douglas berkata, pelantikan guru kadet polis dan kadet dilaksana dan diselaraskan diperingkat sekolah sementara Guru Kadet Polis dinasihatkan agar mempunyai uniform lengkap sebagai contoh kepada pelajar untuk aktif dalam aktiviti kadet polis.

Menurut Douglas, pihaknya berharap agar penubuhan kadet polis di sekolah dapat membentuk disiplin pelajar dan membantu pihak sekolah dalam memerangi masalah gejala sosial di sekolah. – oleh Kalawon Sawing / SayangsSabah

Komen


Berita Berkaitan