Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potret unik gagal tawan hati gadis idaman

12:51pm 16/05/2016 Pak Roshan 50 views Global
AONAN memandang potret gadis idamannya yang dibuat daripada kiub rubik.

AONAN memandang potret gadis idamannya yang dibuat daripada kiub rubik.

Shenyang, China: Seorang lelaki membelanjakan sebahagian wang gajinya dan tidak tidur lebih tiga hari bagi membuat potret gergasi seorang gadis yang dicintainya menggunakan kiub rubik.

Tong Aonan, 27, berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk merancang membina potret wajah gadis idamannya yang berukuran 2.6 meter tinggi dan 1.37 meter lebar.

Katanya, dia membelanjakan AS$460 (RM1,855) untuk membeli kiub rubik dan tidak tidur lebih tiga hari untuk menyiapkan potret berkenaan sebelum menghadiahkan kepada gadis idamannya.

“Saya membuat potret ini bagi membuktikan cinta saya dan berharap gadis itu akan menerima saya,” katanya.

Bagaimanapun, apabila Aonan menghadiahkan potret berkenaan, gadis itu enggan menerimanya dan lebih malang lagi dia turut menolak cintanya.

“Saya tidak berfikir panjang. Saya hanya mahu membuat kejutan dan memberitahu bahawa saya sangat mencintainya,” katanya.

Walaupun bersedih, Aonan yang bekerja sebagai mekanik menghormati keputusan gadis itu.

Sementara itu, pengguna laman sosial di China tidak ketinggalan memberi sokongan dan sedikit nasihat kepada Aonan.

“Kalau anda tidak mempunyai wang, anda perlu mempunyai wajah yang tampan. Sekiranya tidak memiliki kedua-duanya, anda memang malang,” kata seorang pengguna.

“Kalau dia memiliki wajah yang tampan, hadiah seperti ini sudah pasti berjaya ‘mencairkan’ hati si gadis. Wanita kini sangat memandang kepada luaran sahaja,” tambah seorang lagi pengguna. – Agensi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan