Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Potong lidah jika usik gadis

11:43am 04/02/2016 Pak Roshan 372 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Amman: Pelawat yang mengunjungi Jordan perlu lebih berhati-hati apabila melihat gadis cantik.

Ini kerana mereka kemungkinan hilang lidah sekiranya mengganggu gadis biarpun hanya dengan perkataan.

Seorang lelaki tempatan baru-baru ini didapati bersalah oleh panel satu kabilah Badwi kerana mengganggu seorang gadis masyarakat itu di Aqaba, bandar di selatan Jordan.

Panel berkenaan menjatuhkan hukuman potong lidah ke atas lelaki itu.

Hukuman itu hampir dilaksanakan apabila keluarga lelaki itu berjaya mengumpul 40,000 dinar (RM237,000) dan membayarnya kepada mangsa pada saat akhir.

Menurut akhbar di Jordan , panel itu menerima ‘diya’ itu dan memaafkan lelaki terbabit.

Mereka bagaimanapun, merampas keretanya dan memberinya kepada gadis itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan